Abstrak
Penelitian
terhadap orang Sabah khususnya masyarakat Dusun juga dikaitkan dengan pengurusan
dan peruntukan tanah yang menjadi identiti masyarakat Dusun tersebut. Justeru
itu, latihan ilmiah dalam kertas ini membincangkan persoalan yang menyentuh
perihal pengurusan keatas tanah adat di negeri Sabah dengan merujuk khususnya
kepada hak masyarakat Dusun keatas pemilikan tanah di Kampung Poring Ulu Tuaran
negeri Sabah. Pemilikan tanah adat di Kampung tersebut dapat dilihat dalam dua
aspek iaitu pemilikan tanah formal dan informal. Pemilikan tanah secara formal
ini dapat dilihat bahawa penduduk kampung memiliki tanah mereka secara sah dan
mempunyai geran tanah yang dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur di Negeri
Sabah. Manakala pemilikan tanah secara informal pula penduduk kampung
menggunakan tanah disekitar tempat tinggal mereka yang diwarisi daripada
generasi nenek moyang. Masalah-masalah utama dihadapi oleh penduduk kampung
khususnya di Kampung Poring Ulu Tuaran ini melibatkan persoalan-persoalan dalam
pengurusan pemilikan tanah oleh penduduk kampung, pihak Jabatan Daerah Tuaran
dan juga Jabatan Tanah dan Ukur. Justeru itu, masalah ini dikenalpasti apabila
wujudnya pelbagai isu-isu masalah pemilikan tanah di Negeri Sabah. Selain itu
juga, Ramai masyarakat Sabah di pendalaman mempersoalkan hak pemilikan tanah
mereka kepada pihak yang terbabit untuk mengurus dan menyelesaikan masalah
mereka tersebut. Oleh demikian, bagi menyelesaikan masalah ini, masyarakat
bumiputra sabah seharusnya mengambil perkara yang serius mengenai hak pemilikan
tanah adat yang mereka miliki secara warisan generasi mereka. Di samping itu,
pihak berkuasa yang terbabit akan pembantu menguruskan permasalahan mereka keatas tanah tersebut
supaya dapat diurus dengan cepat. Secara keseluruhannya, pendekatan yang
diberikan dalam kajian ini ialah mengenai pengurusan tanah yang dilakukan oleh
masyarakat Kampung Poring Ulu Tuaran iaitu memohon geran keatas tanah mereka dan seterusnya
pihak berkuasa yang terbabit membantu menguruskan tanah masyarakat kampung
tersebut supaya penduduk kampung tersebut berjaya memiliki tanah tersebut.
Kata
Kunci : Pengurusan tanah adat , Hak pemilikan tanah adat, masalah tanah.
Hai Tobpinai,
ReplyDeleteSaya Cikgu Jackson dari sini Kg Magatang.
Kami sedang mengusahakan video dokumentari untuk sejarah Kg kami.
Buli ka saudara post gambar-gambar dulu-dulu di sebelah Kg Romokon, Sungoi, Poring, dan Kg Sodikon. tahun 50-an jika ada.
Kerjasama tuan sangat kami hargai... pounsikou
Kami akan berpindah ke Kg.Romokon dan sa juga sedang membuat kajian tentang Bio-Budaya yg ada di sekitar kampung2 yg berdekatan.
ReplyDelete