9
Tiang Utama Visi Wawasan 2020
CABARAN
1
Mewujudkan
sebuah Negara yang bersatu yang matlamatnya dikongsi bersama. Sebuah Negara yang aman, berintegrasi diperingkat
wilayah dan kaum, hidup harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan disokong
oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
CABARAN
2
Mewujudkan
sebuah Negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri
sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapai, gagah menghadapi pelbagai
masalah. Masyarakat yang mudah dikenali dari sikap ingin mencapai kecemerlangan,
sedar kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat Negara
lain.
CABARAN
3
Mewujudkan
dan membangunkan masyarakat demokratik dan mengamalkan satu bentuk persefahaman
matang iaitu demokrasi masyarakat Malaysia yang boleh menjadi contoh kepada banyak
Negara membangun.
CABARAN
4
Mewujudkan
masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama dan kerohanian dan
didorong oleh tahap etika yang tinggi.
CABARAN
5
Mewujudkan
masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, dimana masyarakat pelbagai kaum di Malaysia
bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang
sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.
CABARAN
6
Mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif, daya perubahan tinggi(inovatif) dan memandang
kehadapan. Bukan sahaja pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun
saintifik dan teknologi masa hadapan.
CABARAN
7
Mewujudkan
masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu system social dimana kepentingan
masyarakat lebih utama daripada diri sendiri, dan kebajikan insane tidak berkisar
kepada orang perseorangan tetapi disekeliling sistem keluarga yang kukuh.
CABARAN
8
Memastikan
masyarakat adil dalam bidang ekonomi. Wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat
dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak wujud jika masih ada pengenalan
ekonomi berdasarkan kaum danfungsi.
CABARAN
9
Mewujudkan
masyarakat makmur serta ekonomi berupaya saing, dinamik, giat serta berdaya tahan.
No comments:
Post a Comment