Sunday, 20 May 2012


Abstrak

Penelitian terhadap orang Sabah khususnya masyarakat Dusun juga dikaitkan dengan pengurusan dan peruntukan tanah yang menjadi identiti masyarakat Dusun tersebut. Justeru itu, latihan ilmiah dalam kertas ini membincangkan persoalan yang menyentuh perihal pengurusan keatas tanah adat di negeri Sabah dengan merujuk khususnya kepada hak masyarakat Dusun keatas pemilikan tanah di Kampung Poring Ulu Tuaran negeri Sabah. Pemilikan tanah adat di Kampung tersebut dapat dilihat dalam dua aspek iaitu pemilikan tanah formal dan informal. Pemilikan tanah secara formal ini dapat dilihat bahawa penduduk kampung memiliki tanah mereka secara sah dan mempunyai geran tanah yang dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur di Negeri Sabah. Manakala pemilikan tanah secara informal pula penduduk kampung menggunakan tanah disekitar tempat tinggal mereka yang diwarisi daripada generasi nenek moyang. Masalah-masalah utama dihadapi oleh penduduk kampung khususnya di Kampung Poring Ulu Tuaran ini melibatkan persoalan-persoalan dalam pengurusan pemilikan tanah oleh penduduk kampung, pihak Jabatan Daerah Tuaran dan juga Jabatan Tanah dan Ukur. Justeru itu, masalah ini dikenalpasti apabila wujudnya pelbagai isu-isu masalah pemilikan tanah di Negeri Sabah. Selain itu juga, Ramai masyarakat Sabah di pendalaman mempersoalkan hak pemilikan tanah mereka kepada pihak yang terbabit untuk mengurus dan menyelesaikan masalah mereka tersebut. Oleh demikian, bagi menyelesaikan masalah ini, masyarakat bumiputra sabah seharusnya mengambil perkara yang serius mengenai hak pemilikan tanah adat yang mereka miliki secara warisan generasi mereka. Di samping itu, pihak berkuasa yang terbabit akan pembantu menguruskan  permasalahan mereka keatas tanah tersebut supaya dapat diurus dengan cepat. Secara keseluruhannya, pendekatan yang diberikan dalam kajian ini ialah mengenai pengurusan tanah yang dilakukan oleh masyarakat Kampung Poring Ulu Tuaran iaitu memohon  geran keatas tanah mereka dan seterusnya pihak berkuasa yang terbabit membantu menguruskan tanah masyarakat kampung tersebut supaya penduduk kampung tersebut berjaya memiliki tanah tersebut.     


Kata Kunci : Pengurusan tanah adat , Hak pemilikan tanah adat, masalah tanah.