Tuesday, 27 March 2012


9 Tiang Utama Visi Wawasan 2020

CABARAN 1
Mewujudkan sebuah Negara yang bersatu yang matlamatnya dikongsi bersama.  Sebuah Negara yang aman, berintegrasi diperingkat wilayah dan kaum, hidup harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan disokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

CABARAN 2
Mewujudkan sebuah Negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapai, gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat yang mudah dikenali dari sikap ingin mencapai kecemerlangan, sedar kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat Negara lain.

CABARAN 3
Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik dan mengamalkan satu bentuk persefahaman matang iaitu demokrasi masyarakat Malaysia yang boleh menjadi contoh kepada banyak Negara membangun.

CABARAN  4
Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama dan kerohanian dan didorong oleh tahap etika yang tinggi.

CABARAN 5
Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, dimana masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.

CABARAN 6
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, daya perubahan tinggi(inovatif) dan memandang kehadapan. Bukan sahaja pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan.

CABARAN 7
Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu system social dimana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri, dan kebajikan insane tidak berkisar kepada orang perseorangan tetapi disekeliling sistem keluarga yang kukuh.

CABARAN 8
Memastikan masyarakat adil dalam bidang ekonomi. Wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak wujud jika masih ada pengenalan ekonomi berdasarkan kaum danfungsi.

CABARAN 9
Mewujudkan masyarakat makmur serta ekonomi berupaya saing, dinamik, giat serta berdaya tahan.